Sunday, December 19, 2010

Clorets Infinity, Kotak Tisu Tesco

Kekuatan Malaysia adalah rakyat yang berbilang kaum dan agama... itulah kekuatan kita, dan itu juga kelemahan kita. Memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja yang masih tinggal dalam gua, maka, sudah semestinya kita semua terdedah kepada budaya, bahasa dan fahaman yang berlainan. We are different and somehow some of us are not prepared to embrace this blend of culture and faith.

"Mankind never accept that they are all the same species. It is always about me, me and me only. They need education to live together and the lesson will be teached by monkeys"
-Anonymous-

Adakah sistem pendidikan kita ini patut dipersalahkan atas golongan racist yang tak bertempat ini? Adakah mainan politik yang manjadikan kebencian, kecurigaan itu semakin menebal di hati kita? Adakah ajaran agama kita tidak cukup atau telah dipesongkan sampai kita sanggup bermain api kebencian ini?

Nampaknya Ketua Setiausaha Negara telah memulakan langkah dan mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 yang menggariskan Tindakan Tatatertib akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Harap-harap penjawat awam yang dimaksudkan adalah semua perkhidmatan awam yang tersenarai dalam Perkara 132 Perlembagaan. Bagaimanapun, Y.Bhg. Tan Sri, belum ada kesedaran lagi berhubung surat tersebut. Baru-baru ini seorang penjawat awam iaitu seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik (creme de la creme dengarnya jawatan ini) mengeluarkan pada facebooknya gambar tin gula-gula Clorets Infinity yang didakwanya niat kawan-kawan kita yang beragama Kristian untuk menyebarkan agama. Dan perkara seperti api dalam sekam ini, apabila dijolok seperti ini akan menyalalah apinya Y.Bhg. Tan Sri. Memang ramai yang memberi komen kebencian terhadap agama Kristian apabila melihat kiriman dari pegawai kerajaan ini. 





Wajarkah pegawai seperti ini berkhidmat dengan kerajaan yang akan memberi khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit? Bagaimanakah pegawai seperti ini boleh diterima berkhidmat dengan kerajaan dan dengarnya dengan jawatan yang strategik? 

Seorang lagi yang suka memainkan isu sensitif adalah blogger Darah Tuah yang menuduh huruf T pada kotak tisu tesco adalah berunsurkan dakwah dari pihak beragama Kristian. Bagaimana boleh ada rakyat Malaysia seperti ini? Apakah yang telah beliau lalui sampaikan semangat kebencian itu diterjemahkan melalui pengamatan sempitnya?

Sedih... negara yang telah melangkah maju, hasil gandingan semua pihak telah mula bergolak hasil hasutan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Sekiranya kita memandang sebelah mata terhadap gunting dalam lipatan, duri dalam daging seperti ini, tidak payahlah lagi memandang kepada tahun 2020 yang semakin jauh itu.